
“Lebih 230 pelampau Yahudi menyerbu Al-Aqsa hari ini dengan diiringi polis Israel,” menurut kenyataan Majlis Wakaf Islam di Baitulmaqdis.
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Uri Ariel serta bekas anggota Knesset dari Parti Likud Yehuda Glick adalah antara yang turut serta dalam insiden itu bersama-sama peneroka terbabit, menurut saksi.
Banyak kumpulan pelampau Yahudi menggesa agar Masjid Al-Aqsa diserbu bagi meraikan perayaan Yom Kippur yang bermula Selasa malam dan berakhir pada Rabu.
Polis bertindak melindungi semua peneroka terbabit setiap hari kecuali pada Jumaat dan Sabtu.
Majlis Wakaf Islam di Baitulmaqdis menggesa agar tekanan dikenakan terhadap kerajaan Israel bagi menghentikan pencerobohan ini.
Israel telah menduduki Baitulmaqdis Timur — yang menempatkan Al-Aqsa — semasa Peperangan Timur Tengah 1967.
Pada 1980, Israel secara unilateral telah mengilhakkan keseluruhan bandar itu serta mendakwanya sebagai ibu kota negara itu “yang abadi dan tidak berbelah bahagi.”