
“Kekerasan melampau yang tidak termaktub dalam peraturan pertempuran digunakan dan kita sudah mula mempertanggungjawabkan pegawai-pegawai pemerintah yang melaksanakan tindakan salah itu,” kata tentera dalam kenyataan.
Ini pertama kali pasukan keselamatan mengakui penggunaan langkah-langkah tidak seimbang sejak tunjuk perasaan tercetus pada Selasa lepas, di sebalik tuduhan penunjuk perasaan bahawa pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup terhadap mereka.
Ratusan berhimpun di Bandar Sadr semalam, daerah berpenduduk padat di timur Baghdad di mana pasukan keselamatan jarang kelihatan.
Video himpunan lewat malam yang tersebar di medai sosial memaparkan penunjuk perasaan berlindung di jalan raya yang berselerak dengan tayar-tayar terbakar ketika bunyi tembakan kedengaran.
Pasukan keselamatan dan perubatan berkata pertempuran itu menyebabkan 13 orang maut.
Dalam kenyataan kepada pemberita hari ini, tentera Iraq berkata Perdana Menteri Adel Abdel Mahdri mengarahkan “semua unit tentera darat diarah berundur dari Bandar Sadr dan akan digantikan dengan unit-unit polis persekutuan.”
Beliau menyeru semua pasukan pihak berkuasa mematuhi “peraturan pertempuran” dalam menangani tunjuk perasaan.
Dalam ucapannya kepada penunjuk perasaan minggu lepas, Abdel Mahdi bertegas pasukan keselamatan bertindak mengikut “standard antarabangsa” dalam menangani tunjuk perasaan.