Pasangan bimbang jadi penjenayah kerana undang-undang seks luar nikah

Pasangan bimbang jadi penjenayah kerana undang-undang seks luar nikah

Pernikahan mereka sah di sisi agama tetapi tidak berdaftar.

Kebanyakan pasangan yang terkesan jika parlimen Indonesia meluluskan pindaan terhadap seks luar nikah adalah pasangan yang pernikahan sah disisi agama tetapi tidak berdaftar. (Gambar Reuters)
TANGERANG:
Selepas 13 tahun hidup bersama tanpa bernikah, satu pasangan pertengahan umur dengan tiga anak di Indonesia berasa bimbang.

Hubungan mereka tidak sah dan tidak rasmi, dan kanun keseksaan baru yang akan dibincangkan di parlimen Indonesia mungkin menjadikan mereka penjenayah kerana ia melarang seks rela luar nikah.

Walaupun Presiden Joko Widodo mengarahkan parlimen menangguhkan pengundian ke atas pindaan undang-undang itu bulan lepas susulan tunjuk perasaan, warga Indonesia yang mungkin terkesan semakin bimbang.

“Kalau kerajaan sekali lagi timbulkan isu nikah tidak rasmi, ia akan jadi masalah dan membebankan fikiran kami,” kata si suami, yang bekerja sebagai seorang pengangkat barang di sebuah pasaraya pakaian.

Dia dan isterinya enggan dinamakan kerana sensitiviti isu itu di negara dengan jumlah orang Islam teramai di dunia, di mana konservatisme semakin meningkat.

Semakan yang dicadangkan itu menimbulkan kebimbangan dalam industri pelancongan akan kesan larangan itu pada seks luar nikah, dan Australia mengeluarkan amaran untuk warganegaranya.

Tetapi jutaan rakyat Indonesia yang tinggal bersama dalam hubungan tidak rasmi mungkin jadi sasaran.

Pasangan tidak bernikah yang tinggal bersama sebagai suami dan isteri boleh berdepan penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (AS$710), bersamaan gaji tiba bulan bagi kebanyakan rakyat Indonesia.

Seperti pasangan yang bercakap kepada Reuters Video News, mereka selalunya dalam perkahwinan yang diterima dari perspektif agama tetapi tidak berdaftar.

“Penggubal undang-undang menilainya sebagai zina,” kata si isteri, yang bekerja sebagai pembantu rumah. “Tetapi ini tanggungjawab saya pada tuhan, di sisi agama, dan mengikut agama, kami bersama secara sah.”

Antara kebimbangan pasangan itu ialah kewangan: Mereka bukannya tidak sedia bernikah secara sah, cuma tidak mampu.

“Kami akan ikut kalau kerajaan benarkan kami nikah secara percuma dan sediakan dokumennya untuk kami,” kata si suami.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.