Kit Siang mahu Najib dirujuk ke jawatankuasa Parlimen

Kit Siang mahu Najib dirujuk ke jawatankuasa Parlimen

Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata Najib sengaja mengelirukan Parlimen pada Mac 2015 bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

PETALING JAYA:
Lim Kit Siang mahu Najib Razak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, mendakwa bekas perdana menteri itu sengaja mengelirukan badan perundangan tertinggi itu bahawa ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho tiada kaitan dengan 1MDB.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu merujuk kepada laporan media Mac 2015 mengenai jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.

“Kedua-dua perbicaraan rasuah dan pengubahan wang Najib yang berkaitan dengan 1MDB serta dokumentasi ‘The Kleptocrats’ telah menunjukkan Najib dengan sengaja mengelirukan Parlimen.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen harus bertindak,” katanya dalam kenyataan.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan penyalahgunaan kuasa membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank beliau antara Februari 2011 hingga Disember 2014.

Perbicaraan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah ditangguh ke 7 Okt.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.