Eskalator jarang diselenggara, apa nasib jika bawa anak kecil?

Eskalator jarang diselenggara, apa nasib jika bawa anak kecil?

Kemudahan yang perlu dipantau supaya berada dalam keadaan selamat untuk digunakan adalah eskalator kerana membabitkan nyawa orang ramai termasuklah warga emas dan kanak-kanak.

Eskalator merupakan satu kemudahan yang digunakan orang ramai di kebanyakan tempat termasuklah di pasaraya, pusat membeli-belah serta di semua stesen kenderaan awam.

Selain lif, kemudahan ini dilihat sebagai satu perkhidmatan yang wajib ada di mana-mana tempat terutamanya di bangunan bertingkat.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak dan masih menggunakan “stroller”, mereka akan menggunakan lif sebagai kemudahan buat mereka.

Jika tidak, mereka akan memilih eskalator untuk lebih mudah dan cepat.

Namun apa yang berlaku kelmarin apabila seorang wanita terperosok jatuh dalam eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KL Sentral ternyata sangat membimbang orang ramai.

Ia menunjukkan sebahagian tubuh mangsa berada dalam laluan eskalator berkenaan sambil dibantu beberapa individu.

Namun, keadaan itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak serta mendapat kecaman netizen dalam media sosial.

Ini kerana bukan sahaja wanita itu menjadi mangsa, malah ia turut berisiko kepada semua orang termasuklah anak kecil selepas ini.

Bayangkan, jika wanita itu masih boleh berpaut dan tidak terus jatuh ke dalam eskalator, adakah ia bermakna akan menjamin keselamatan yang lain pada bila-bila masa?

Dan anda juga perlu bayangkan apa yang akan terjadi jika anak kecil menjadi mangsa seterusnya, mereka akan terus terus terperosok di dalam eskalator yang runtuh secara tiba-tiba, akhirnya mati begitu sahaja.

Waktu itu, penyesalan memang tiada gunanya meskipun pihak yang berkaitan memohon maaf berjuta kali.

Sama seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita kelmarin, Rapid KL menerusi Facebook rasmi turut mengesahkan kejadian itu dan memohon maaf kepada mangsa.

“Kami dengan rasa kesal mengesahkan sebuah eskalator gagal berfungsi di stesen LRT KL Sentral awal petang ini (Isnin).

“Insiden menyebabkan seorang wanita cedera. Dia sudah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan kami sedang memerhatikan keadaan kesihatannya agar dia diberi rawatan dan bantuan sewajarnya. Ahli keluarganya sudah dimaklumkan,” ujar pengendali Facebook RapidKL.

Dalam hal ini, RapidKL perlu memastikan kesemua eskalator berada dalam keadaan selamat untuk digunakan dan tidak ada mana-mana individu yang maut akibat ditelan eskalator.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.