Siapa sangka budu, tempe, cencalok makanan tinggi probiotik untuk kanak-kanak

Siapa sangka budu, tempe, cencalok makanan tinggi probiotik untuk kanak-kanak

Kanak-kanak seharusnya dibiasakan atau diajar untuk makan makanan tinggi probiotik untuk kebaikan ususnya.

Ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya tidak kiralah daripada apa jua aspek.

Malah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk tumbesaran dan kesihatan anak-anak mereka.

Tapi jangan terkejut empat makanan ini mempunyai probiotik tinggi yang mungkin membuat sesiapa tidak percaya akan khasiatnya.

Makanan seperti budu, tempe, yogurt dan cencalok sebenarnya boleh meningkatkan IQ, menguatkan sistem imun sekaligus mampu menyihatkan usus anak.

Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif sebagai panduan buat mak ayah untuk memberikan makanan terbaik kepada kanak-kanak.

Hakikatnya tak perlu makanan yang mahal-mahal untuk tingkatkan IQ, kuatkan sistem imun dan sihatkan usus kanak-kanak.

Probiotik ni mikroorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Bahasa mudahnya probiotik ini “kuman baik”.

Dalam tubuh anak kita ada “kuman jahat” dan “kuman baik”.

Kuman baik mesti kena mengatasi kuman jahat baru la anak kita tak mudah jatuh sakit.

Kuman baik seperti L. Acidophilus penting untuk pencernaan dan sistem imun manakala B. Longum pula bertindak untuk menghalang bakteria.

Banyak sebenarnya manfaat makanan tinggi Probiotik ni.

Antaranya:
  • Mengurangkan cirit birit anak
  • Membantu usus menyerap dengan lebih sempurna
  • Menambahkan bilangan bakteria baik dalam usus
  • Menstabilkan dan menguatkan sistem imun anak

Nak bagi anak sihat tak perlu bermewah, cukup sekadar dengan makanan yang murah asalkan kita tahu khasiat dan manfaat tersembunyi di dalamnya.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.