Buat sendiri semburan pelbagai guna bersihkan habuk, tandas

Buat sendiri semburan pelbagai guna bersihkan habuk, tandas

Buat sendiri lebih mudah daripada membelanjakan sejumlah wang untuk membuat campuran yang bersesuaian memudahkan kerja-kerja membersihkan rumah.

Memang susah nak bersihkan habuk-habuk yang mudah sangat melekat pada perabut mahupun perkakas rumah.

Sebenarnya sebagai suri rumah tangga atau isteri boleh buat sendiri “Multipurpose Dust Spray” di rumah.

Lebih mudah untuk bersihkan habuk melekat dan menjimatkan masa dan tenaga dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Yatie Eimra sebagai rujukan.

“Saya ni memang suka tip dan trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan dan cuba bila berkesempatan.

“Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air dan softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ini resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna,” katanya menerusi posting di laman sosial.

Katanya ada cakap-cakap mengatakan mereka yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ini orang yang malas namun sebenarnya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas dan bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah dan urusan harian.

Ia juga sangat berguna kepada isteri yang bekerja memandangkan faktor kekangan masa akan menyebabkan semua kerja menjadi mudah.

Semburan habuk pelbagai guna

Bahan-Bahan:

¼ cawan cuka

1¼ cawan air

3 sudu kecil minyak zaitun

1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)

Sedikit essential oil* (optional)

Cara Membuat:

Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

Nota:

*Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa

*Boleh buat 2 botol spray dengan 2 wangian berbeza.

*Gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair

*Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman

*Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.

*Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut

*Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.

Pastikan !!

*Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Tak pasti sama ada penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)

*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.

*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.

*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.

Kegunaan:

1. Kurangkan habuk melekat pada perabot dan kipas

Mengurangkan habuk tidak bermakna habuk langsung tak lekat. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk dan menjimatkan masa.

2. Mengilatkan perabot kayu

Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu gunakan spray ini sebab kilatannya memang cantik.

3. Menaikkan warna dan melindungi sofa dari kulit sintetik

Boleh bersihkan kotoran dan menaikkan warna sofa yang dah kusam

4. Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu dan lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat

Rumah dekat dengan jalan besar sememangnya banyak habuk dan debu bertepek dekat gril. Walaupun spray sesekali, memang nampak perbezaan dengan sebelum ni.

5. Membersihkan dan melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut

Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Spray di kawasan trek itu untuk lancarkan balik.

6. Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding dan sinki

Guna spray ini memang mudah hendak bersihkan jubin dan di celah-celah tandas.

Juga boleh disembur pada jubin dan sinki.

Pastikan bersih dahulu jubin dan sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ini. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin.

Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Yatie Eimra

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.