
Media tempatan melaporkan kejadian pada Isnin itu berlaku apabila kem tentera di Boulkessi dan Mondoro diserang kumpulan pengganas.
Tentera dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah melancarkan operasi bersama dengan pasukan negara jiran Burkina Faso, disokong tentera Perancis yang ditempatkan di rantau itu.
Ketegangan meletus di Mali pada 2012 berikutan rampasan kuasa yang gagal dan pemberontak Tuareg membenarkan kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda mengambil alih bahagian utara negara itu.
Pada tahun 2015, perjanjian damai ditandatangani antara kerajaan dan beberapa kumpulan pemberontak.
Pertikaian politik terus mencetuskan ketegangan di utara Mali, sehingga usaha melaksanakan perjanjian damai menemui jalan buntu.
Sejak tahun 2015, keganasan menular ke bahagian tengah dan selatan Mali serta negara Afrika Barat berdekatan, terutamanya Burkina Faso dan Niger.