Selari dengan perkembangan teknologi, barisan kenderaan di bawah naungan GM iaitu antaranya Buick, Cadillac, Chevrolet dan Isuzu akan dilengkapi dengan ciri bantuan peribadi Amazon Alexa AI bermula separuh pertama tahun depan.

Menariknya, ciri bantuan peribadi kepintaran buatan itu akan menggunakan suara ikonik daripada pelakon terkenal, Samuel L. Jackson!
Selain daripada itu, GM juga akan turut menawarkan ciri serupa kepada model-model tahun 2018 dan ke atas termasuklah model crossover dengan ciri yang sama.
Menurut kajian daripada GM, ramai pelanggan berminat untuk menggunakan khidmat arahan suara yang sama seperti yang digunakan di rumah pada kenderaan mereka.


Untuk anda, terdapat dua versi suara Samuel L. Jackson yang akan ditawarkan – versi sopan dan juga versi kasar dengan harga bermula dari $0.99 (RM4.15).
Sumber: careta.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]