Dadah: 137,225 ditahan dari Jan ke Sept di seluruh negara tahun ini

Dadah: 137,225 ditahan dari Jan ke Sept di seluruh negara tahun ini

20,613 ditahan kerana menjadi pengedar, manakala 51,018 (memiliki dadah) dan 65,594 orang (positif urin).

Pengarah JSJN Bukit Aman Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dalam tempoh sama, 18,709.01 kg dadah pelbagai jenis dengan nilai keseluruhan RM2.69 billion turut dirampas. (Gambar Facebook)
SEREMBAN:
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menahan 137,225 individu atas pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 26 Sept tahun ini kata Pengarah JSJN Bukit Aman Mohd Khalil Kader Mohd.

Daripada jumlah itu katanya, 20,613 ditahan kerana menjadi pengedar, manakala 51,018 (memiliki dadah) dan 65,594 orang (positif urin).

“9,512 mereka yang ditahan itu merupakan warga asing,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop.

Bagi tempoh yang sama, beliau berkata, sejumlah 18,709.01 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM2.69 billion dirampas, selain menyita harta bernilai RM62.81 juta dengan RM2.16 juta dilucut hak.

Mohd Khalil berkata, sehingga suku ketiga tahun ini, sebanyak 245 sarang penagih di seluruh negara digempur dan daripada pemantauan mendapati 141 sarang mula menunjkan tanda-tanda aktif semula dan polis akan mengerakkan semula operasi Ice Breaker bagi menanganinya.

Mohd Khalil berkata, di Negeri Sembilan sahaja, 6,367 orang dengan 88 daripadanya adalah bekas pesalah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK), ditahan bagi tempoh sama tahun ini.

Katanya, 30.6kg pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM611,404.45 dirampas, manakala sejumlah RM3.3 juta harta disita dengan RM731,362.70 dilucut hak.

Sementara itu katanya, dalam Op Damn Tokan yang dijalankan selama tiga hari bermula Jumaat lepas di negeri ini, seramai 107 orang berusia 20 hingga 50 tahun yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan dadah secara kecil-kecilan, ditahan.

“Kita juga merampas 121.91kg dadah dengan nilai pasaran RM56,684. Kita juga meningkatkan cara kita melucut hak yang lazimnya dalam kes jenayah narkotik, kita melucut hak harta mereka yang terlibat dalam perdagangan dadah.

“Kesemua 107 yang ditahan direman antara tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.