Benarkah bersalin normal selepas pembedahan berisiko?

Benarkah bersalin normal selepas pembedahan berisiko?

Bersalin secara normal pastinya tidak mendatangkan banyak risiko kepada si ibu, namun kesan lain mungkin boleh muncul selepas anda mencuba bersalin normal setelah pembedahan pada kelahiran sebelum itu.

Setiap wanita ingin melahirkan anak dalam keadaan normal.

Namun setiap ibu perlu faham beberapa komplikasi yang mereka alami menyebabkan bayi terpaksa dilahirkan dengan cara pembedahan atau lebih dikenali sebagai C-Sec.

Namun untuk kelahiran yang berikutnya, ramai wanita masih ingin mencuba nasib untuk melahirkan anak sedara normal, tetapi tahukah anda ia sangat berisiko?

Dalam satu kajian yang dijalankan saintis dari Universiti Oxford mengatakan wanita-wanita yang pernah melalui prosedur C-sec dan memilih melahirkan bayi secara normal, lebih berisiko tinggi untuk memerlukan pemindahan darah atau menghadapi masalah sepsis.

Ia merupakan satu masalah berkaitan jangkitan darah yang berisiko mengancam nyawa.

Melalui kajian ke atas lebih 74,000 kelahiran di Scotland antara tahun 2002-2005, menunjukkan 1.8 peratus daripada 28,464 kelahiran normal mengalami komplikasi serius.

Kecenderungan risiko

Prosedur kelahiran secara C-sec adalah lebih selamat untuk mengelakkan sebarang risiko yang boleh membahayakan ibu dan bayi.

Ini kerana terdapat lebih tujuh kali ganda kecenderungan untuk mengalami masalah pada rahim.

Koyakan pada rahim boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk.

Malah keadaan ini berkemungkinan akan meningkatkan risiko untuk bayi di dalam kandungan mati lemas.

Situasi ini akan menyebabkan dua kali ganda risiko untuk mengalami sepsis bagi percubaan untuk melahirkan secara normal.

Selain itu, kerosakan pada pundi kencing, usus atau ureter adalah lebih tiga kali ganda bagi individu yang mencuba untuk melahirkan secara normal.

Bagi profesor obstetrik, Andrew Shennan dari Kings College London menyatakan kelahiran normal merupakan salah satu kaedah kelahiran paling selamat.

“Sekiranya proses kelahiran normal dipilih selepas prosedur caesarean, cuma terdapat risiko pecah rahim dan pendarahan yang sangat kecil. Malahan kedua-dua risiko ini pasti boleh dikendalikan dengan selamat oleh pakar perubatan di hospital,” ujar Shennan.

Tambah beliau lagi, kebanyakan wanita yang memilih kelahiran normal selepas C-sec dapat melahirkan bayi dengan selamat tanpa sebarang komplikasi.

Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada sejarah obstetrik termasuk sebab mengapa kaedah C-sec dilakukan sebelum ini.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.