
Menteri pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, tarikh akhir itu dilanjutkan ke 31 Okt ini tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.
Perjanjian tambahan untuk menangguhkan sistem RTS dari 1 April ke 30 Sept, 2019 ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Menteri Penyelarasan bagi Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan pada 21 Mei lepas.
Projek berkenaan pada awalnya dijadual untuk pembinaan pada tahun ini dan dijangka siap Disember 2024.
Pembinaan projek ini bertujuan untuk menangani kesesakan perjalanan yang dihadapi setiap hari antara kedua-dua negara.
Projek Sistem RTS melibatkan pembinaan sejauh 4km dari Bukit Chagar (Johor Baru) ke Woodlands (Singapura), dengan keupayaan kapasiti 10,000 penumpang setiap jam.
Menurut Loke, di bawah perjanjian asal, tambang satu hala ditetapkan RM15 dan ia membebankan sesetengah rakyat Malaysia yang pergi bekerja setiap hari ke Singapura.