Coleman juara dunia 100m, catat rekod 9.76 saat

Coleman juara dunia 100m, catat rekod 9.76 saat

Kemenangan itu meletakkan Coleman sebagai atlet untuk bakal ditewaskan dalam sukan Olimpik Tokyo 2020.

Christian Coleman mengatasi pesaingnya untuk meraih gelaran sulung arena terbuka, muncul sebagai pelari terbaik dunia dengan catatan masa 9.76 saat di Stadium Khalifa. (Gambar AFP)
DOHA:
Christian Coleman menyerang balik lagenda pecut Amerika Syarikat (AS), Michael Johnson selepas menjuarai acara 100 meter Kejohanan Dunia di sini, Sabtu.
Coleman mengatasi pesaingnya untuk meraih gelaran sulung arena terbuka, muncul pelari terbaik dunia dengan masa 9.76 saat di Stadium Khalifa.

Kemenangan itu meletakkan Coleman sebagai atlet untuk bakal ditewaskan dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 dan menaikkan atlet AS berusia 23 tahun itu sebagai ‘ketua’ trek pecut, sekali gus menjadi wajah baru sukan dalam era pasca-Usain Bolt.

Bagaimanapun, di mata Johnson, Coleman telah kehilangan hak untuk dikenali sebagai raja trek susulan kontroversi ujian dadah yang merosakkan imejnya.

Coleman tidak mempedulikan kata-kata Johnson itu ketika dia meraikan kejayaannya.

“Michael Johnson tidak menjelaskan bil saya atau menandatangani cek untuk saya,” kata Coleman.

“Jadi saya tidak peduli apa yang dia katakan.”

Coleman hanya dapat bertanding di Doha selepas kesnya ditarik balik atas faktor teknikal.

Johnson menegaskan kesan salah akan terus menghimpit Coleman walaupun dia mengelak daripada dikenakan sekatan.

“Ia benar-benar tidak melayakkan dia ketika ini, untuk menjadi wajah baru sukan ini,” kata Johnson dalam temu bual BBC minggu ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.