Lelaki China sanggup kahwin cerai 23 kali sebab mahukan rumah

Lelaki China sanggup kahwin cerai 23 kali sebab mahukan rumah

Perkahwinan dijadikan satu perjudian dalam mendapatkan keuntungan untuk diri sendiri.

11 wanita dalam keluarga yang sama berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Pan, kemudian bercerai sebanyak 23 kali dalam masa sebulan, mendapat perhatian netizen.

Kes yang berlaku di Beijing, China ini mendapati lelaki tersebut cuba untuk mengeksploitasi apartment berkeluasan 40 kaki persegi yang diperuntukkan kerajaan China.

Apartment tersebut akan diberi kepada mereka yang rumahnya telah dirobohkan bagi tujuan pembangunan di selatan Zheijang.

“Permainan” ini bermula apabila lelaki tersebut, Pan berkahwin dengan bekas isterinya, Shi yang merupakan penduduk tetap di kampung asal dan akan mendapat apartment tersebut.

Enam hari kemudian, mereka bercerai namun Pan telah mendapat permit untuk menduduki kediaman tersebut.

15 hari berikutnya, lelaki tersebut berkahwin dengan kakak ipar serta kakak Shi yang turut diceraikan, sama seperti sebelum ini.

Peliknya media Global Times melaporkan Pan telah melangsungkan 23 perkahwinan sepanjang mendapatkan permit menduduki itu.

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat tindakan Pan itu.

Manakala Pan yang ditemui pula menyatakan kekesalannya atas apa yang dilakukan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.