Jadikan nasi lemak oatmeal pembuka selera anda!

Jadikan nasi lemak oatmeal pembuka selera anda!

Ramai ingin menjaga kesihatan namun pada masa yang sama tidak boleh mengenepikan makanan popular masyarakat Malaysia iaitu nasi lemak.

Nasi lemak menjadi makanan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, kini di variasikan dalam bentuk lebih sihat.

Menjadi tradisi masyarakat Malaysia untuk mengambil nasi lemak sebagai hidangan pada waktu pagi.

Namun semua tahu yang nasi lemak mengandungi santan berlemak dan boleh menyebabkan kolestrol lebih dalam badan jika dimakan setiap hari.

Sehubungan itu, pemilik restoran Ours Eatery, Jackie Leong Lai Yin mengambil pendekatan untuk mentransformasikan nasi lemak sebagai makanan yang lebih sihat dengan menggunakan bahan organik.

“Kita semua tahu nasi lemak mempunyai jumlah kalori yang tinggi dan ia sangat tidak bagus untuk kesihatan, jadi kita buat hidangan yang kesemua protein, fiber dan nutrisi lain cukup untuk tubuh badan anda,” katanya kepada FMT.

Jackie Leong Lai Yin (kiri) bersama rakan bisnesnya, Ann Chong Fooi Kion mempunyai matlamat bersama untuk menyediakan makanan lebih sihat untuk pengunjung.

Tambahnya, bisnes ini dimulakan sejak beberapa tahun lalu bersama rakan bisnesnya, Ann Chong Fooi Kion.

Apa yang cuba dilakukan adalah nasi lemak tersebut digantikan kepada beberapa jenis pilihan nasi iaitu “oatmeal”, “cauliflower” atau beras perang.

Ia akan dihidangkan bersama kacang, telur, salad, sambal dan telur yang dimasak dengan cara stim serta pilihan ayam sama ada basil atau torikatzu.

Set berharga RM15.90 ini anda boleh mencubanya dengan hidangan air istimewa iaitu gula melaka yang direbus bersama daun pandan, ia akan menaikkan lagi aroma hidangan anda.

Malah air tersebut anda boleh menambahnya secara percuma.

Chicken Oglio Pasta antara makanan sihat yang menjadi kegemaran pengunjung.

Selain itu, hidangan Salmon Creamy Butter Pasta sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mentega adalah baik untuk tumbesaran dan bagus untuk kesihatan.

Katanya, meskipun resepi ini bukan suatu yang pelik, namun kini banyak restoran yang menggunakan konsep sama iaitu makanan berkhasiat sebagai tarikan pengunjung.

“Ada di antara mereka yang kata sahaja makanan berkhasiat tetapi tetap menggunakan bahan yang sama seperti kedai lain sebagai penyedap rasa.

“Namun kita 100% mencatu setiap makanan yang dihidangkan sesuai dengan tubuh badan kita, tidak lebih tidak kurang. Sangat sesuai untuk diet,” ujarnya.

Tambahnya mereka menggunakan resepi sendiri pada setiap hidangan yang sesuai bagi mereka yang sedang berdiet.

Hidangan Hot Wrap akan dibuat sebaik sahaja ia ditempah dan ia boleh dinikmati dengan rasa yang lebih segar.

Selain itu, jika anda inginkan kelainan anda boleh mencuba Hot Wrap dimana didalam hidangan tersebut digabungkan hirisan ayam sama ada torikatzu dan basil, berserta dua pilihan salad dan sos.

Ia didatangkan bersama hidangan buah-buahan dengan harga RM13.90 sahaja.

“Fruit of the day” akan diberi bersama hidangan menu Hot Wrap secara percuma.

Bagi mereka yang sukakan keenakan buah-buahan boleh mencuba Cool Wrap yang mempunyai gabungan salad dan buah-buahan seperti hirisan buah nangka dan naga dimakan bersama sos epal

Untuk hidangan sup pula, anda perlu merasai kelainannya yang ditampilkan dimana air kelapa dicampurkan bersama buah betik serta kurma merah cina, dan ayam kampung di dalam satu mangkuk berserta nasi dan salad hanya berharga RM16.90.

Kedai yang terletak di Damansara Kim dengan keluasan 400 kaki persegi ini dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Ia boleh memuatkan 10 pelanggan di dalam kedai dalam satu masa, namun untuk bungkusan, anda boleh membawa bekas sendiri supaya lebih mudah.

Lebihkan nutrisi, kurangkan kalori!

Ours Eatery

3, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.