Semua orang tahu haiwan peliharaan perlu melakukan senaman setiap hari, jadi sebagai penjaga menjadi satu keperluan untuk membawa haiwan itu bersiar serta menyediakan kelengkapan sewajarnya supaya kekal sihat.

Bagaimanapun apa yang berlaku di Jeddah langsung tidak boleh diterima apabila seorang lelaki didapati membawa haiwan peliharaannya seekor singa seberat 190kg yang dibelinya secara haram bersiar-siar di jalan utama.
Sehubungan itu pihak berkuasa Arab Saudi telah menahan lelaki tersebut selepas menerima laporan daripada orang ramai setelah melihat haiwan liar itu di luar sebuah kafeteria.
Setibanya anggota polis ke tempat kejadian, singa itu didapati diletakkan dalam sebuah kereta.
Pemilik singa yang ditahan itu ketika ini sedang disoal siasat manakala singa tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar.
Suruhanjaya Hidupan Liar Arab Saudi telah mengeluarkan amaran bahawa memelihara haiwan liar sebagai binatang peliharaan adalah satu kesalahan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]