Transkrip sah Trump minta Ukraine siasat Biden, dipercayai bukti salah laku presiden

Transkrip sah Trump minta Ukraine siasat Biden, dipercayai bukti salah laku presiden

Panggilan telefon pada Julai 25 adalah antara subjek aduan pemberi maklumat yang setakat ini belum tersedia untuk muncul di hadapan penggubal undang-undang.

Sebahagian muka depan transkrip perbualan 30 minit Presiden AS Donald Trump bersama rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelensky. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
White House pada Rabu mendedahkan transkrip panggilan yang Donald Trump ada meminta rakan sejawatannya dari Ukraine menyiasat saingan politik beliau Joe Biden – sehari selepas Demokrat mengumumkan langkah membawa presiden Amerika Syarikat (AS) itu menghadapi dakwaan salah laku.

“Ada banyak cakap-cakap mengenai anak Biden, bahawa Biden menghentikan pendakwaan dan ramai yang ingin mengetahui tentang itu, apa sahaja yang anda boleh lakukan bersama peguam negara sesuatu yang sangat baik,” kata Trump kepada Volodymyr Zelensky dalam panggilan pada 25 Julai.

Sebagai naib presiden Barack Obama, Biden dan pemimpin-pemimpin Barat yang lain telah menekan Ukraine menyingkirkan pendakwa raya utama negara itu, Viktor Shokin atas alasan tidak cukup berkesan dalam memerangi gejala rasuah.

“Biden mengata beliau telah menghentikan pendakwaan, jadi anda boleh lihat,” kata Trump.

Dokumen lima muka surat – ringkasan panggilan dan bukan rekod perbualan – dikeluarkan ketika Trump sedang bersiap sedia untuk bertemu dengan Zelensky di sesi Perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Demokrat, yang memulakan kempen siasatan formal terhadap presiden pada Selasa, sedang menyiasat sama ada beliau turut menekan kerajaan asing untuk mengatasi lawan politik, dan jika beliau benar menggunakan pakej bantuan AS$400 juta sebagai balasan. Tidak ada sebutan mengenai wang itu dalam ringkasan yang dikeluarkan.

Panggilan telefon pada Julai 25 adalah antara subjek aduan pemberi maklumat yang setakat ini belum tersedia untuk muncul di hadapan penggubal undang-undang.

White House sebelum ini telah menyekat pengeluaran aduan itu yang dikehendaki secara sah kepada jawatankuasa perisikan Kongres.

Peguam yang mewakili pemberi maklumat berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa terdapat “keputusan untuk mengeluarkan aduan pemberi maklumat,” tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.