
Bercakap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Rabu, beliau menambah, menarik balik semua sekatan Washington ke atas Tehran dan menghormati resolusi Majlis Keselamatan PBB boleh membuka jalan untuk perbincangan.
“Tanggapan kami terhadap perbincangan di bawah tekanan adalah tidak,” kata Rouhani, tetapi memberi amaran Iran mungkin keluar dari perjanjian nuklear 2015 jika kuasa-kuasa Eropah gagal menyelamatkan perjanjian itu.
“Kami komited untuk menangani nuklear… tetapi kesabaran Iran mempunyai had,” kata presiden pragmatik ini, yang juga arkitek perjanjian bersama enam kuasa.
Iran telah mengkritik pihak Eropah kerana kegagalan mereka melindungi kepentingan Iran dari sekatan AS yang dikenakan semula sejak tahun lepas sebaik Washington keluar dari perjanjian 2015.
Sebagai balasan, Iran secara beransur-ansur mengurangkan komitmennya terhadap perjanjian itu.
Konfrontasi antara Iran dan AS dilihat telah membawa kepada serangan terhadap kemudahan minyak Saudi pada 14 Sept, yang Washington, EU dan Riyadh menyalahkan Tehran walaupun penafiannya.
Presiden Iran berkata satu-satunya cara untuk menjamin keamanan dan keselamatan di Teluk adalah memperkukuh “penyatuan antara semua negara dengan kepentingan bersama di Teluk Parsi dan rantau Hormuz.”
Beliau memberitahu negara-negara Teluk bahawa “kami adalah negara tetangga anda, bukannya dengan Amerika” dan meminta PBB menarik balik tentera dari rantau Teluk.