Wow kool sangat… Asics perkenal rekaan kasut nasi lemak terhad 500 pasang!

Wow kool sangat… Asics perkenal rekaan kasut nasi lemak terhad 500 pasang!

Koleksi terhad kasut ‘nasi lemak’ asics ini akan dijual pada harga RM599 hanya pada 5 dan 6 Oktober ini.

Sesiapa sahaja yang mendengar nama Malaysia pasti akan terus teringat keenakan nasi lemak, kelembutan dan rangupnya roti canai dan cendol yang sememangnya menjadi makanan ikon kepada negara ini.

Dan disebabkan itulah nasi lemak sering menjadi tumpuan sebagai salah satu inspirasi kepada menu lain seperti yang tampil sebelum ini burger nasi lemak, ais krim nasi lemak dan macam-macam lagi.

Tapi kali ini semua jangan terkejut apabila nasi lemak sekali lagi menjadi pilihan sebagai salah satu elemen namun apa yang berbeza ia tidak boleh dimakan kerana ia dalam bentuk kasut.

Biar betul? Namun inilah yang terbaru dikeluarkan oleh jenama terkenal dunia, Asics apabila meraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak dalam koleksi terbarunya.

Hasil kolaborasi bersama Hundred% dan Snearkerlah, Asics menghasilkan kasut edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik, nasi lemak.

Diberi nama GEL-Kayano 5, kasut ini menggabungkan lima warna utama nasi lemak iaitu putih, kuning, merah dan hijau dan turut menampilkan logo seakan-akan telur rebus di bahagian belakangnya.

Cukup enak dinikmati bersama sambal, ikan bilis, kacang goreng, timun dan telur rebus, kasut ini mendapat sentuhan warna seakan-akan komponen penting dalam menu lazat tanahair itu.

Koleksi ini mula dijual pada harga RM599 hanya pada 5 dan 6 Oktober ini.

Bersedia untuk rebut GEL-Kayano 5 anda, kasut ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 pasang sahaja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.