
Thailand bukan sahaja terkenal dengan pusat pelancongan yang menarik, namun turut diakui keenakan masakan yang dimiliki oleh rakyat negara Gajah Putih itu.
Pelbagai makanan tradisi yang boleh anda nikmati jika berada di Thailand.
Malah cara penyediaannya juga menggunakan teknik khas masyarakat tempatan di sana.
Umumnya masakan Thailand memiliki ciri–ciri yang begitu kaya dengan keasliannya.

Ia memiliki rasa yang begitu seimbang iaitu di antara rasa pedas, manis, masin dan juga masam.
Oleh sebab itu, makanan Thailand sangat digemari ramai terutama masyarakat Malaysia.

Khas untuk penggemar makanan Thailand, Hotel Sheraton Petaling Jaya menampilkan kelainan buat pertama kali dimana chef dari Hotel Marriot Bangkok diimport bagi menyediakan menu Thailand.
Menurut Chef Somkid Ketkeaw, lebih 20 jenis hidangan menu disediakan dalam bentuk buffet selama dua minggu bermula 23 September sehingga 6 Oktober ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam masakan Thailand dan mempelajari setiap menu daripada ibunya yang memiliki sebuah kedai masakan di Thailand.
“Saya menggunakan semua kemahiran itu selama saya berkhidmat dalam dunia masakan dalam perhotelan,” katanya ketika ditemubual FMT.

Menurut Somkid lagi, menu yang menjadi hidangan “signature” adalah Tom Yum Goong iaitu tomyam pedas yang mempunyai cendawan, udang galah serta ketam dalam satu hidangan yang membuatkan anda puas menghirupnya.
Satu lagi menu menarik yang perlu anda cuba iaitu Pad Thai Noodle, mee yang digaul bersama udang serta sos tamarind serta Pla Goong, iaitu salad udang pedas dimasak bersama serai.

Bagi pencuci mulut, anda boleh mencuba Kaow Neaw Mamong iaitu mangga yang disaluti pulut dan dimakan bersama santan, atau Sangkaya Maproe Orn, iaitu santan cair yang dimasak bersama daun pandan, diisi dalam satu mangkuk kecil dan rasai keenakannya apabila dimakan bersama labu.
Kesemua hidangan lazat ini termasuk menu utama, pelbagai jenis salad dan pencuci mulut serta minuman hanya berharga RM118 bagi dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Sebarang tempahan anda boleh hubungi 03-7622 8888 atau emailkan kepada [email protected]
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]