
Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) pada Isnin berkata kira-kira 57,000 orang masih tidak mempunyai kediaman dan tidak dapat dipastikan di mana atau bila rumah mereka akan dibina semula.
IFRC Indonesia menyuarakan harapannya agar kerajaan Indonesia menggandakan usaha mengenal pasti kawasan sesuai untuk dijadikan penempatan dan membantu ribuan keluarga memiliki semula rumah dengan infrastruktur yang lebih berdaya tahan terhadap bencana.
Bank Dunia sebelum ini menawarkan pinjaman bernilai AS$1 bilion untuk membina semula bandar Palu.
Gempa berukuran 7.5 magnitud dan tsunami yang melanda pada 28 September tahun lalu meragut lebih 4,300 nyawa, selain memaksa kira-kira 170,000 penduduk berpindah.
Bencana itu menyebabkan hampir keseluruhan kawasan diselaputi lumpur dan memusnahkan banyak daerah di wilayah Sulawesi Tengah.