
Pemain Argentina itu yang memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol bersama Barcelona musim lalu serta kasut emas Eropah, kali terakhir memenangi anugerah itu pada 2015.
Kemenangannya agak mengejutkan kerana Van Dijk, pemain tengah yang mengubah pertahanan Liverpool sehingga membolehkan menjuarai Liga Juara-Juara, setelah menguasai anugerah pemain terbaik Eropah.
Kemenangan Messi di rumah Opera La Scala di sini juga menandakan kembalinya dominasi pemain Argentina dan Ronaldo, di mana mereka telah memenangi anugerah itu kecuali pada 2007.
Kapten bersama Amerika Syarikat Megan Rapinoe memenangi anugerah tertinggi wanita itu selepas membantu negaranya merebut gelaran Piala Dunia tahun ini. Dia mengalahkan kapten bersama Alex Morgan dan Lucy Bronze dari England.