Kawasan padat penduduk ada banyak kelebihan jika dirancang rapi, kata pakar

Kawasan padat penduduk ada banyak kelebihan jika dirancang rapi, kata pakar

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura berkata penduduk tinggal di kawasan kejiranan dengan kepadatan tinggi kurang menghabiskan masa dalam perjalanan.

Tanah yang terhad di Singapura bermakna rakyat tinggal dalam kawasan kediaman yang padat. (Gambar Bloomberg)
KUALA LUMPUR:
Kawasan perumahan yang padat penduduk mempunyai kelebihan tersendiri sekiranya dirancang dengan baik, termasuk disediakan akses lebih baik kepada kemudahan yang pelbagai berbanding pinggir bandar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan Singapura, Fong Chun Wah berkata penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan dengan kepadatan tinggi kurang menghabiskan masa dalam perjalanan dan dapat menjamin keselamatan anak mereka yang bersekolah.

Berkongsi pengalaman Singapura, beliau berkata kanak-kanak yang tinggal di pinggir bandar biasanya memerlukan beberapa bentuk pengangkutan untuk ke sekolah, sedangkan mereka yang tinggal di flat hanya berjalan kaki.

“Begitu juga, saya boleh katakan mengenai kemudahan lain seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika. Anda boleh menghantar anak-anak anda ke kemudahan ini sebelum pergi kerja,” katanya.

Fong Chun Wah.

Fong, yang bercakap pada satu persidangan minggu lalu memberitahu FMT, Singapura terpaksa mencipta pendekatan-pendekatan terkini ekoran batasan menjadi negara kecil dengan penduduk yang ramai.

“Apabila anda tidak mempunyai kekangan, kecenderungan kadang-kadang adalah anda kurang sedar keperluan untuk menjadi sangat mempertimbangkan dalam menyediakan kemudahan,” katanya.

Malah kata beliau, perancang bandar dan perumahan Singapura perlu tahu mengenai keperluan penduduk untuk memastikan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai.

Beliau mengakui keperluan dan permintaan rakyat akan berubah dari semasa ke semasa dan ini bermakna perancang dan pemaju perlu meningkatkan atau memperbaharui kemudahan.

Merujuk perbandaran Toa Payoh, beliau berkata ia diperbaharui berkali-kali. Sebagai contoh, katanya, bandar itu kini disediakan dengan bas berhawa dingin.

“Kami terus mengkaji peralihan penduduk dan keperluan rakyat untuk terus memperbaharui bandar-bandar,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.