
“Pertama, saya perlu perbetulkan ini kerana mereka terus mengatakan pembeli China, itu tidak benar.
“Kita bercakap mengenai semua pembeli antarabangsa yang menjuru kepada Malaysia Second Home,” katanya selepas melancarkan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membincangkan kebolehlaksanaan kempen itu.
“Ini masih di peringkat permulaan dan perbincangan. Kami serahkan kepada mereka dan lihat apa cadangan mereka.”
Baru-baru ini, Zuraida dikritik selepas cadangannya mengadakan HOC untuk menarik pembeli dari China dan Hong Kong bagi menyelesaikan lambakan rumah mewah bernilai kira-kira RM100 bilion.
Pada 16 September lalu, Zuraida dilaporkan berkata, cadangan penganjuran kempen itu sebahagian usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara serta membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan projek pembangunan perumahan mampu milik.
Ahli Parlimen Ampang itu mempertahankan dirinya daripada dakwaan beliau mengabaikan kebajikan rakyat dengan menekankan hanya rumah bernilai RM1 juta ke atas akan dijual kepada warga asing.