
Seorang pengantin perempuan Islam di Bangladesh yang berusia 19 tahun telah mencabar tradisi perkahwinan negara itu dengan membawa pengantin lelaki ke rumahnya untuk berkahwin.
Video majlis itu tersebar luas di media sosial telah mencetuskan perdebatan mengenai hak-hak wanita di negara konservatif itu.
Khadiza Akter Khushi bertindak mengetuai ratusan tetamu yang lain dengan membawa suaminya, Tariqul Islam di daerah luar bandar Meherpur ke majlis perkahwinan di rumahnya.
Tindakannya ini sekaligus melanggar tradisi adat di Bangladesh di mana pengantin lelaki seharusnya memulakan majlis terlebih dahulu dan pergi ke rumah pengantin perempuan selepas itu.
“Ya, tidak biasa. Tetapi saya melakukannya supaya wanita lain boleh mengikut saya,” kata Khushi kepada AFP.
Tariqul, 27, berkata sebagai pasangan baru berkahwin mereka tidak menghadapi rintangan atau kritikan daripada keluarga dan rakan-rakan.
“Kami melakukannya sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menamatkan diskriminasi jantina dan mewujudkan hak yang sama bagi wanita.
“Saya yakin perkahwinan kami akan menghantar mesej bahawa seorang wanita boleh melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan oleh lelaki,” katanya kepada AFP.
Rakaman perkahwinan mereka menjadi viral hingga mencetuskan perbahasan yang hangat di media sosial.
Perkahwinan itu juga menjadikan tajuk utama di beberapa negara majoriti Islam.
“Sudah pasti ia berita besar dalam budaya kita,” tulis Sadaq Hasan di laman web Prothom Alo di Bengali.
Sementara yang lain menulis “wanita berani” dan “Saya ingin berkahwin seperti ini”.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]