
Ketua pengarahnya Rasio Ridho Sani berkata bilangan syarikat yang terbabit akan meningkat.
“Kami telah menutup 52 syarikat dan bilangan akan meningkat. Kebanyakannya dari Kalimantan Barat, Riau, dan Kalimantan Tengah, selain Jambi, Sumatera Selatan, dan Kalimantan Timur,” kata Sani pada Sabtu.
Memetik Rasio, Tempo Online melaporkan daripada 52 syarikat itu, lima telah dikategorikan sebagai suspek kebakaran hutan yang berleluasa.
“Kami terus menyelaraskan tindakan bersama pihak polis untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.
Kementerian itu bertekad untuk mengenakan tindakan tegas ke atas syarikat-syarikat terbabit seperti pengambilan untung kepada perniagaan.
Selasa lepas, polis menamakan 218 individu dan lima syarikat sebagai suspek kebakaran hutan dan tanah; kebanyakannya dari Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat.
Laporan itu menambah, di Kalimantan Tengah, pihak polis daerah menamakan 65 orang dan syarikat PT Palmindo Gemilang Kencana sebagai pihak disyaki sedangkan di Kalimantan Barat pula 61 individu dan dua syarikat iaitu PT SISU dan PT SAP, dinamakan sebagai suspek.