
Ipoh bukan hanya sekadar “syurga” makanan, atau bandar hipster.
Malah ia mempunyai tarikan tersendiri dimana sejarahnya melibatkan perempuan simpanan serta gundik yang dijaga di sebuah lorong.
Jika anda pernah tahu tentang Concubine Lane, inilah lorong yang dikatakan pernah menyimpan pelbagai kisah misteri suatu ketika dulu tentang perempuan simpanan.
Lorong ini turut dikenali sebagai Yi Lai Hong dalam Bahasa Cina yang bermaksud Lorong Perempuan Simpanan atau The Mistress Lane.

Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Ipoh dan berusia lebih daripada 125 tahun.
Lorong ini wujud sejak 1908 dan dimiliki hartawan yang digelar sebagai tycoon, menguasai perlombongan bijih timah pada ketika itu.

Meskipun hanya satu lorong kecil yang panjangnya tidak pun melebihi 100 meter, Concubine Lane mempunyai tarikan tersendiri kerana menjadi lokasi pilihan pelancong bergambar serta berswafoto.
Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai gerai menjual makanan hipster serta barangan cenderahati untuk dibawa pulang.


Umumnya, Concubine Lane antara lokasi Jejak Warisan Ipoh yang ke-27 dan menjadi lokasi wajib singgah bagi pelancong ke Ipoh memang sarat dengan cerita yang ramai generasi sekarang tidak tahu.
Meskipun dipanggil lorong namun sebenarnya ia adalah jalan utama yang digunakan sekitar tahun 1800 kerana ketika itu kereta masih belum digunakan dengan meluas seperti hari ini.
Katanya, Concubine Lane adalah jalan yang mengambil nama sempena tempat di mana gundik atau perempuan simpanan ditempatkan di kawasan itu.
Pada ketika itu, menyimpan gundik atau perempuan simpanan bukanlah satu kesalahan, malah ada dua lorong lagi yang terdapat di Ipoh berselang Concubine Lane juga menyimpan sejarah sama.
Info Concubine Lane
1. Terletak di Jalan Panglima Ipoh, Perak
2. Dibangunkan kawasan itu sejak berusia 120 tahun
3. Digelar Ipoh Heritage Trail
4. Mempunyai deretan rumah warisan Imigran Cina sejak 1892
5. Cerita tersirat : Nama lorong untuk orang kaya dulu menyimpan perempuan simpanan/isteri nombor dua (gundik).
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]