
“Kami bertukar pandangan mengenai usaha untuk merapatkan persahabatan yang telah terjalin di antara Kelantan, Terengganu dan Sarawak, seterusnya mengukuhkan kerjasama untuk memelihara perpaduan dan keamanan dalam negara,” kata presiden PAS itu selepas bertemu Abang Johari di pejabatnya di Kuching.
Hadi diiringi Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.
Pada 14 Ogos lepas, pemimpin PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional, berikrar akan menegakkan kepentingan Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Pakatan Harapan tidak memenangi Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak.
Ketika PAS dan Umno merasmikan kerjasama mereka, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diketuai Abang Johari mengetuai parti-parti komponen BN lain di negeri itu keluar daripada BN dan membentuk Gabungan Parti Sarawak.