Video menyentuh hati BJ Habibie muncul selepas pemergiannya

Video menyentuh hati BJ Habibie muncul selepas pemergiannya

Xanana Gusmao mencium dan meletakkan kepalanya di dada BJ Habibie, presiden Indonesia yang memungkinkan kemerdekaan Timor Leste.

Tangkap layar video pertemuan antara Xanana Gusmao dan BJ Habibie, yang mengarahkan referendum pada 1999 yang membawa kepada kemerdekaan Timor Leste. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Video menyentuh hati antara bekas presiden Timor Leste, Xanana Gusmao dan BJ Habibie muncul beberapa hari selepas  bekas presiden Indonesia itu meninggal dunia 2 hari lepas.

Video memaparkan Gusmao berbisik dan mencium dahi Habibie, presiden ke-3 Indonesia yang mengarahkan referendum diadakan pada 1999 yang membawa kepada kemerdekaan Timor Leste.

BJ Habibie meninggal dunia di usia 83 tahun akibat penyakit yang dideritanya, selepas menjalani rawatan intensif di Hospital Tentera Gatot Soebroto sejak 1 Sept.

Video memaparkan Gusmao meletakkan kepalanya di dada Habibie, yang memegang belakang kepala presiden pertama Timor Leste dan membisikkan sesuatu.

Ribuan manusia memenuhi tepian jalan Jakarta untuk menyaksikan konvoi yang membawa jenazah Habibie ke makam pahlawan Kalibata.

Pemerintahannya hanya 16 bulan tetapi dipuji sebagai transformatif bagi republik yang baru melepasi 30 tahun Orde Baru zaman Soeharto.

Habibie memohon maaf kepada rakyatnya atas pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan Indonesia dan mengarahkan pembebasan tahanan-tahanan politik, membuka sekatan ke atas media dan mengarahkan reformasi bagi membolehkan pilihan raya bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.