
Sejak Johnson memenangi pemilihan parti bagi mengetuai tugas utama Julai lalu, krisis Brexit telah berubah menjadi krisis yang mencetuskan kemarahan, menjejaskan pelabur dan sekutu bingung dengan pelbagai keputusan yang telah mendorong sistem politik negara ke arah tidak stabil.
Parlimen digantung sehingga 14 Okt, langkah yang menurut penentang Johnson sengaja direka untuk menghalang usaha mereka menghalusi rancangan beliau meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dan membolehkan Brexit dilaksanakan pada 31 Okt, dengan atau tanpa sebarang perjanjian pelaksanaan.
Mahkamah rayuan tertinggi Scotland memutuskan pada Rabu penggantungan parlimen tidak sah dan bertujuan untuk menghalang penggubal undang-undang, yang mendorong pihak lawan mempersoalkan sama ada Johnson telah berbohong kepada Elizabeth, yang secara formal dimaklumkan tentang tindakan menggantung parlimen.
“Sudah tentu tidak,” kata Johnson ketika ditanya seorang wartawan TV sama ada beliau telah memperdayakan ratu, yang merupakan pemerintah paling lama di dunia dan dihormati.
Johnson berkata sesi semasa parlimen paling panjang sejak perang saudara Inggeris pada abad ke-17, sambil menambah, penggubal undang-undang akan mempunyai banyak masa untuk membincangkan Brexit selepas sidang kemuncak EU pada 17-18 Okt.
Beliau berkata parlimen digantung untuk membenarkan kerajaan membentangkan program perundangan.
Dengan kurang 50 hari sebelum United Kingdom akan meninggalkan EU, kerajaan dan parlimen terikat dalam konflik berkaitan masa depan Brexit, dengan kemungkinan akan meninggalkan tanpa perjanjian dengan referendum lain kekal dalam EU.