India sasar projek landasan kereta api dengan Bangladesh siap tahun depan

India sasar projek landasan kereta api dengan Bangladesh siap tahun depan

Projek bernilai 9.7 bilion rupee (AS$136 juta) itu akan menghubungkan Agartala, di Tripuran timur laut India, dengan rangkaian kereta api Bangladesh di Akhaura.

Apabila siap, perkhidmatan kereta api Maitree Express di antara Kolkata dan Dhaka boleh diteruskan sehingga ke Agartala dan seterusnya ke Akhara di Bangladesh.
NEW DELHI:
India menetapkan matlamat untuk menyiapkan projek landasan kereta api baru dengan Bangladesh pada 2020 bagi meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan, sekali gus berupaya memacu sektor pelancongan dan perdagangan.

Projek bernilai 9.7 bilion rupee (AS$136 juta) itu akan menghubungkan Agartala, sebuah bandar di Tripuran timur laut India, dengan rangkaian kereta api Bangladesh di Akhaura.

Dilancarkan tahun lepas projek itu dibiayai di bawah geran India dan dilaksanakan oleh syarikat IRCON.

Kementerian Pembangunan Wilayah Utara-Timur India dalam satu kenyataan berkata, projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Landasan berkenaan adalah sepanjang 5.46km di wilayah India dan sejauh 6.57km di Bangladesh.

Apabila siap, perkhidmatan kereta api Maitree Express yang beroperasi di antara Kolkata dan Dhaka boleh diteruskan sehingga ke Agartala.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.