
Beliau berkata “penyelesaian 2 negara” perlu menjadi prasyarat untuk menyelesaikan kemelut Israel-Palestin.
Katanya, Kesatuan Eropah dan masyarakat antarabangsa menyifatkan keputusan Netanyahu bercanggah undang-undang antarabangsa.
Netanyahu berkata, Israel akan memberi kedaulatan kepada Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya pada 17 September ini.
Dianggarkan 70,000 orang Palestin dan 9,500 orang Yahudi, kini tinggal di Lembah Jordan – tanah besar yang subur merangkumi satu perempat Tebing Barat.
Israel mendakwa lembah itu penting kepada keselamatannya dan tetap menolak sebarang idea melepaskan mana-mana kawasan dalam sebarang penyelesaian dengan Palestin.
Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi Israel mendiami lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967, ketika rejim zionis itu menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Palestin mahu wilayah ini – bersama Semenanjung Gaza – bagi mewujudkan negara Palestin.
Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang aktiviti pembangunan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, adalah haram.