BJ Habibie meninggal dunia di usia 83

BJ Habibie meninggal dunia di usia 83

Bekas presiden Indonesia ketiga menjalani rawatan intensif di hospital tentera sejak 1 Sept.

BJ Habibie. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas presiden Indonesia ketiga, BJ Habibie meninggal dunia di usia 83 tahun akibat penyakit yang dideritanya.

Akhbar Indonesia, Kompas melaporkan Habibie menjalani rawatan intensif di Hospital Tentera Gatot Soebroto, Jakarta sejak 1 Sept 2019.

Sepanjang berada di hospital, beliau dirawat sepasukan doktor-doktor pakar daripada pelbagai bidang seperti jantung, perubatan dalaman, dan ginjal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.