PM doakan Harimau Malaya berjaya jinakkan UAE

PM doakan Harimau Malaya berjaya jinakkan UAE

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan beraksi dalam perlawanan kedua saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dr Mahathir Mohamad beramah mesra dengan pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh dalam majlis perjumpaan Harimau Malaya di Bangunan Perdana Putra pada 7 Disember 2018. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Pasukan Harimau Malaya menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Mahathir menerusi Twitternya mendoakan kejayaan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe pada perlawanan kedua saingan kelayakan itu yang bermula 8.45 malam ini.

“Selamat berjaya diucapkan kepada pasukan #HarimauMalaya dalam perlawanan malam ini.

“Saya berharap para penyokong hadir beramai-ramai dan memberi sokongan padu buat pasukan negara kita. Buktikanlah #MalaysiaBoleh #KamiTeamMalaysia.”

Malaysia mendahului saingan Kumpulan G dengan 3 mata mengatasi Thailand dan Vietnam yang memperoleh satu mata di tempat ke-2 dan ke-3, sementara perlawanan hari ini merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.

Pada aksi pertama kempen kelayakan itu, Malaysia meraih kemenangan 3-2 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Khamis lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.