Malaysia bermula garang menentang UAE di Bukit Jalil

Malaysia bermula garang menentang UAE di Bukit Jalil

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 ketika tamat babak masa pertama.

Syafiq Ahmad (tengah) meraikan jaringan gol pertama pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2030 menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Malaysia bermula garang menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe menetapkan nada separuh masa pertama menerusi tandukan cantik Muhammad Syafiq Ahmad yang menewaskan penjaga gol UAE ketika perlawanan baru saja bermula 45 saat.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan agresif sebelum UAE menyamakan kedudukan pada minit ke-43 apabila penjaga gol Farizal Marlias gagal menepis tandukan Ali Ahmad Mabkhout.

Harimau Malaya menggandakan asakan dan mencipta peluang demi peluang, namun ketika tamat babak masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Malaysia bertemu UAE selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi sulung kumpulan G di Jakarta, Khamis lepas.

Jaguh Asia Barat itu berada di kedudukan ke-65 dunia, dicabar Malaysia yang menghuni kedudukan ke-159.

Kali terakhir Harimau Malaya menundukkan UAE adalah di Pestabola Merdeka 1982 (2-1) dan Piala Asia 1980 (2-0).

Sebaliknya, UAE pernah menjinakkan Malaysia 10-0 pada kelayakan Piala Dunia 2015, kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.