
Di babak masa kedua, kedua-dua pasukan saling menyerang sebelum Ali Ahmad Mabkhout sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-75.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Malaysia cuba menyamakan kedudukan namun cubaan Safawi Rasid pada minit ke-79 terkena tiang gol.
Anak buah Tan Cheng Hoe terus menekan UAE sehingga pengadil membunyikan wisel penamat, menyaksikan keputusan kekal 1-2.
Di separuh masa pertama, Harimau Malaya menetapkan nada perlawanan yang garang apabila Muhammad Syafiq Ahmad menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan baru sahaja bermula 45 saat.
UAE menyamai corak permainan agresif Harimau Malaya sehinggalah Ali menanduk masuk bola ke gawang Malaysia pada minit ke-43 untuk menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan pada separuh masa pertama.
Hasrat Malaysia mengutip 3 mata di laman sendiri untuk terus mengungguli Kumpulan G mengatasi Thailand, Vietnam dan Indonesia nampaknya tidak kesampaian.
Harimau Malaya akan bertemu Vietnam pada perlawanan seterusnya.