
Bercakap kepada FMT, Peter berkata, baru-baru ini Jeffrey diberikan pas sementara untuk masuk ke Sarawak, justeru beliau tidak menemui alasan kenapa nama ahli politik Sabah itu harus dikekalkan dalam senarai larangan itu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa pegawai negeri memberitahu Jeffrey yang larangan itu ditarik balik.
“Jabatan Imigresen harus mengemas kini sistemnya,” kata beliau.

Jeffrey baru-baru ini dibenarkan masuk ke Sarawak selama 3 hari bagi menghadiri pertemuan dengan Ketua Menteri Abang Johari Openg, yang menyasikan mereka berbincang mengenai isu berkaitan hak negeri Malaysia Timur.
Jeffrey dilarang masuk ke Sarawak sejak Feb 2017. Beliau mengetahui tentang larangan itu sebulan kemudian apabila mahu memasuki negeri itu bagi mempengerusikan satu mesyuarat Forum Dayak Borneo.
Katanya, beliau mungkin dilihat oleh kerajaan Sarawak sebagai orang yang cuba menggerakkan komuniti Dayak di negeri itu supaya menentang pihak berkuasa.
Peter, yang merupakan DJ di Radio Free Sarawak menyifatkan Jeffrey sebagai pejuang hak Sabah dan Sarawak.
“Kenapakah Sarawak perlu takut,” katanya.