
Naib Canselor Prof Mohammad Shatar Sabran berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat atau berita palsu.
“Program itu merupakan anjuran GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), UPSI.
“Ada pihak mendakwa maklumat kanak-kanak yang mendaftar menerusi pautan pcis.upsi-ukm.edu.my atau http://pcis.permatapintar.edu.my digunakan bagi tujuan penculikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shatar menegaskan pautan berkenaan wujud dan sahih dan ia bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar serta berbakat di negara ini bagi mencetus dan membina minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Katanya kanak-kanak yang terpilih akan mengikuti Junior Science Camp 2019 mulai 23 hingga 25 Nov depan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi http://ncdrc.upsi.edu.my.
Ujian saringan dibuka secara dalam talian bermula 1 Sept lepas sehingga 15 Okt depan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.