Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama, kecuali pound Britain.

Peniaga berkata, sentimen pasaran bertambah baik berikutan laporan Washington dan Beijing akan kembali ke meja rundingan, justeru memberi harapan kepada mata wang Asia.
KUALA LUMPUR:
Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS semasa dagangan dibuka hari ini dengan permintaan meningkat susulan pertikaian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat yang semakin reda.

Pada 9.09 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1850/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1910 pada penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, sentimen pasaran bertambah baik berikutan laporan bahawa Washington dan Beijing akan kembali ke meja rundingan untuk perbincangan perdagangan, memberikan harapan kepada mata wang Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama kecuali berbanding pound Britain yang susut kepada 5.1576/1654 daripada 5.1508/1558.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0281 daripada 3.0249/0275, meningkat berbanding yen kepada 3.9094/9152 daripada 3.9302/9341 dan naik berbanding euro kepada 4.6161/6232 daripada 4.6244/6294.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.