
Stesen Radio Info Perancis memetik sumber perundangan mengatakan, kes digugurkan berikutan tiada bukti kukuh selepas siasatan selama 10 tahun dijalankan ke atas nahas pesawat Airbus A330 pada 1 Jun, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan media.
Pada Julai 2019, pendakwa memfailkan permohonan supaya Air France dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dan kecuaian berhubung tragedi yang menyebabkan 228 penumpang terbunuh.
Pendakwa berpendapat syarikat itu menyedari terdapatnya masalah teknikal pada alat pengesan kelajuan, tetapi gagal memaklumkan atau melatih juruterbang mengenai cara mengatasi masalah itu.
Wakil waris mangsa berkata mereka akan mengemukakan rayuan dan menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai “penafian keadilan”.