
“Kerajaan beransur-ansur menarik balik sekatan itu bermula Rabu malam di beberapa kawasan,” jelas kenyataan Kementerian Maklumat dan Komunikasi.
Terdapat 10 kawasan masing-masing di wilayah Papua dan Papua Barat tertakhluk kepada sekatan itu.
“Kerajaan menggesa (semua pihak) agar tidak menyebarkan maklumat palsu, menghasut dan melakukan provokasi melalui media sosial, supaya sekatan terhadap perkhidmatan internet dapat ditarik balik sepenuhnya secepat mungkin,” katanya.
Wilayah Papua dan Papua Barat dibelenggu satu siri protes yang bertukar kepada keganasan sejak 19 Ogos, mengakibatkan seorang askar dan 2 orang awam terbunuh sementara ramai lagi cedera.
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa keselamatan menghantar pasukan polis untuk membantu meleraikan rusuhan.