
The Jakarta Post melaporkan tesis Abdul Aziz mempertikaikan bahawa seks luar nikah dibenarkan di bawah undang-undang Islam.
“Hubungan seks, sama ada melalui perkahwinan dan luar nikah adalah hak asasi seksual manusia yang dilindungi oleh negara.
“Bagaimanapun, dalam undang-undang tradisi Islam, seks dalam perkahwinan adalah sah, sementara seks luar nikah tidak sah.
“Kajian ini bertujuan untuk menemui teori baru yang boleh digunakan untuk membenarkan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan,” tulis Aziz dalam abstrak tesisnya itu.
Pada awalnya, tesis itu seolah-olah menerima sambutan positif apabila penyelia memberi Aziz gred “sangat memuaskan”. Bagaimanapun, perhatian orang ramai telah menarik perhatian pengkritik dan penyelianya kemudian mengarahkan Aziz menyemak semula tesis tersebut.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) pula berkata tesis Aziz “termasuk dalam kategori pemikiran menyimpang” dan harus ditolak kerana ia boleh “merosakkan komuniti (Islam) dan moral negara.”
“(Kami) meminta orang ramai, terutama umat Islam, tidak mengikut pendapat itu kerana ia boleh menyebabkan perbuatan yang dilarang oleh undang-undang agama,” kata Setiausaha Agung MUI, Anwar Abbas dalam satu kenyataan.
Aziz sendiri bersetuju untuk menyemak semula tesisnya dan “mengeluarkan beberapa bahagian kontroversi.”
“Saya memohon maaf kepada umat Islam kerana kontroversi yang dibuat melalui tesis saya,” katanya.