Lukisan ‘pelukis jalanan’ curi perhatian Tuanku dan Raja Permaisuri Agong

Lukisan ‘pelukis jalanan’ curi perhatian Tuanku dan Raja Permaisuri Agong

Teme menghasilkan potret wajah Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hingga membuatkan kedua baginda mahukannya sebagai kenangan.

Bermula dengan hobi melukis dan menulis berbekalkan bakat yang ada, lelaki yang lebih senang dikenali sebagai Teme seringkali mencuri perhatian netizen melalui lukisan serta motivasi yang ditampilkan.

Nama beliau sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas berjaya melancarkan beberapa buku yang termasuk buku Pelukis Jalanan yang popular sehingga kini.

Terbaru, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62, Teme berjaya menghasilkan sebuah potret yang menampilkan wajah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandar.

Lukisan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah Raja Permaisuri Agong serta Tuanku turut berminat dengan lukisannya serta memohon untuk mendapatkannya sebagai kenangan.

Lebih manis, disebalik para netizen mengucapkan tahniah kepada Teme, beliau dedikasikan kejayaannya kepada orang ramai yang menyokong beliau.

Beliau turut berkongsi bagaimana lukisan ini terhasil melalui perkongsian di Twitter.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.