Wanita dan alat solek sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Tidak kiralah bagi mereka yang gemar memakainya setiap hari atau bila perlu namun ia tetap menjadi satu keperluan bagi wanita.
Alat solek wanita terdiri daripada span dan berus.
Dan bagi menjaga kebersihan seelok-eloknya span dan berus ini perlu kerap ditukar.
Bagaimanapun ada sesetengah berus yang digunakan mahal harganya dan tidak mampu untuk beli dengan kerap berbanding span yang ternyata jauh lebih murah.
Namun anda tidak perlu gusar kerana kini ada mesin basuh mini yang membolehkan anda mencuci berus mekap dan kelengkapan mekap.
Bahkan tular di media sosial apabila ramai para gadis ingin mendapatkan alatan genius ini.
Walaupun kelihatan seperti mainan kanak-kanak tetapi mesin basuh mini ini sebenarnya berfungsi dengan baik.

Memandangkan ia berukuran mini, jadi mesin tidak sebesar mana dan hanya memuatkan dua berus pada satu masa.
Dan anda boleh membelinya melalui atas talian iaitu di Shopee.
Bukan hanya satu tetapi pelbagai pilihan ada disediakan oleh setiap shopper dengan harga yang berpatutan.
Rata-rata yang telah membeli juga mengagumi kualiti setelah memperoleh barang mereka.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]