
“Antara lain ialah bagaimana kita kurangkan kesesakan yang ada ini di semua penjara di Malaysia sekarang yang dikatakan sudah sesak,” kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, hari ini.
April lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata Jabatan Penjara bersedia untuk proses pembaharuan dalam setiap aspek pengurusan penjara, termasuk kawasan penahanan, pemulihan, latihan kakitangan, pematuhan peraturan, kemudahan dan persediaan banduan hidup dalam masyarakat selepas keluar dari penjara.
Hari ini, Muhyiddin berkata, ada beberapa langkah lain yang dipertimbangkan kerajaan, selain soal kebajikan dan kemahiran banduan sebelum mereka kembali kepada masyarakat.