
Minnis berkata, sekurang-kurangnya 21 lagi cedera semasa ktaufan itu merentasi Lautan Atlantik ke arah tanah besar Amerika Syarikat (AS).
“Dorian kekal sebagai taufan yang amat berbahaya,” kata Minnis menerusi Twitter sambil menambah laporan dari Kepulauan Abaco di utara Bahamas yang dibadai taufan itu dengan angin kencang dan hujan lebat, menunjukkan “kemusnahan yang belum pernah berlaku sebelum ini”.
Taufan dengan angin kencang berkelajuan 183 batu sejam (295km sejam) antara yang paling kuat pernah dicatatkan di Lautan Atlantik.
Dorian kini dikesan bergerak ke arah Florida di tenggara AS sebagai taufan kategori 4, menurut Pusat Hurikan Nasional, namun ia mungkin tidak akan membadai mana-mana kawasan secara langsung kerana model komputer menunjukkan ia menuju ke pantai timur sebelum hilang di lautan.