Umum mengetahui, usahawan berjaya Vivy Yusof menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian mereka.

Tidak kira ketika urusan kerja, ketika bercakap dengan kawan atau keluarga termasuklah anak-anak dan suaminya.
Jarang sekali hendak melihat pengasas tudung jenama dUCk Scarves untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Jadi, Vivy sendiri mencabar dirinya untuk bercakap menggunakan bahasa Melayu seharian dalam satu rakaman vlog yang dimuat naik ke laman youtube.
Bermula dari pagi bersama dengan anak-anaknya 3 orang, di pejabat, hadiri mesyuarat dan pulang ke rumah ibunya ternyata satu tugasan yang berat buat Vivy apabila selama ini menggunakan bahasa Inggeris setiap masa.

Ini kerana apabila beliau cuba untuk berbahasa Melayu tetapi ada rakannya yang mentertawakannya dan begitu juga sebaliknya, malah ada yang mengecam seolah-olah berlagak dan sengaja “mengada-ngada”.
Bagaimanapun Vivy tetap positif dan menganggap ia satu cabaran dan tidak semua perkara yang dilakukan dapat memuaskan hati semua orang.

Namun ia perlulah dilihat dari sudut positif kenapa seseorang itu menggunakan bahasa rojak dalam kehidupannya seharian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]
https://youtu.be/jshCncFBXMA