MOF bayar lebih RM344 juta kepada KWAP bagi pihak SRC International, kata Guan Eng

MOF bayar lebih RM344 juta kepada KWAP bagi pihak SRC International, kata Guan Eng

Berdasarkan jadual pembayaran balik, tarikh pembayaran berikutnya adalah pada 30 September 2019 melibatkan amaun sebanyak RM43,023,748.31 (faedah).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementerian akan memastikan peruntukan secukupnya disediakan bagi menyelesaikan pembayaran kepada KWAP.
PUTRAJAYA:
Sebanyak RM344,681,265.07 yang merangkumi RM300 juta prinsipal dan faedah berjumlah RM44,681,265.07 dibayar oleh Kementerian Kewangan bagi pihak SRC International Sdn Bhd (SRC) pada 29 Ogos lepas, yang merupakan pembayaran terkini kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, untuk tujuan itu, jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM1,691,822,628.05.

Berdasarkan kepada jadual pembayaran balik, tarikh pembayaran berikutnya adalah pada 30 September 2019 melibatkan amaun sebanyak RM43,023,748.31 (faedah).

“Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada baki pembiayaan sebanyak RM3,807,858,447.99 yang akan berakhir pada 2022,” katanya.

Lim berkata, Kementerian Kewangan akan memastikan peruntukan secukupnya disediakan bagi menyelesaikan pembiayaan berkenaan kepada KWAP.

Ia membuktikan kemampuan kerajaan (sungguhpun terdesak dalam aspek fiskal) untuk menguruskan beban kewangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.