
Suhakam berkata, Konvensyen Pelarian 1951 menetapkan standard dan peraturan minimum mengenai status dan layanan kepada pencari suaka dan “menentukan jika pelarian boleh hidup dan bekerja di Malaysia”.
Ia juga mengikat Malaysia kepada prinsip tidak menghantar pulang (non refoulement), iaitu amalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka kembali ke negara yang mendedahkan mereka kepada penganiayaan.
Suhakam berkata, keadilan semula jadi menuntut tindak balas politik bagi memastikan kepatuhan kepada prinsip tidak menghantar pulang ppelarian.
“Suhakam berharap kerajaan akan memenuhi harapan rakyat dalam meujudkan sebuah negara yang berasaskan kasih sayang dan keadilan.”
Arif Komis, 43, isteri dan 4 anak perempuannya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Turki semalam.
Tindakan kerajaan mencetuskan kemarahan paktivis hak asasi, sementara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, polis telah membuktikan bahawa Komis dikaitkan dengan pergerakan Gulen yang dianggap “organisasi pengganas” oleh kerajaan Turki.
Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) mengklasifikasikan Arif sebagai “orang yang diberi perhatian” yang boleh berdepan bahaya jika hantar pulang ke negara asalnya secara paksa.
Dalam kenyataan hari ini, Suhakam berkata, Akta Ekstradisi Malaysia menetapkan larangan terhadap ekstradisi dalam keadaan tertentu seperti waran tangkap dikeluarkan terhadap seseorang kerana bangsa, agama, kewarganegaraan atau pandangan politik mereka.
Suhakam berkata, pencari suaka mempunyai perlindungan yang terhad di Malaysia, yang menyaksikan status pelarian tidak diiktiraf.
“Pencari suaka, pelarian dan orang bukan beragama di Malaysia hidup dalam keadaan yang lemah, yang diburukkan lagi dengan pengenalan dasar yang semakin ketat yang terus mempersempit akses kepada suaka,” kata kenyataan itu.