Susah tidur malam? Cuba periksa 4 perkara ini

Susah tidur malam? Cuba periksa 4 perkara ini

Terdapat beberapa faktor anda boleh semak semula mengapa anda berasa lemah sebaik sahaja bangun dari tidur.

Anda mungkin pernah merasa letih tetapi tidak boleh tidur.

Akhirnya badan anda akan merasa lemah untuk memulakan tugasan harian sama ada di luar atau dalam pejabat.

Pernahkah anda terfikir mengapa ia terjadi?

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah perkara itu sekaligus anda tidak akan dapat rehat yang berkualiti.

Teliti 4 perkara yang mungkin mempunyai kaitan dengan diri anda dan ia perlu diubah.

1. Bilik tidur berselerak

Bilik tidur bukan sahaja tempat untuk tidur tetapi juga ruang peribadi termasuk menempatkan pelbagai barang yang adakalanya menyesakkan.

Keadaan bilik yang kotor termasuk cadar katil kotor dan berbau sebenarnya memberi kesan kepada tidur anda kerana ia mengganggu minda anda.

2. Warna dinding

Warna dinding yang terlalu terang juga boleh memberi kesan kepada kualiti tidur anda dan sebaiknya pilih warna lebih lembut dan “sejuk”.

Jika ingin kelainan gunakan kertas dinding bercorak atau memilih perabot sesuai bagi mengimbangi warna dinding yang terang serta mencipta “mood” untuk anda berehat.

3. Cadar dan bantal

Mungkin tidak penting tetapi sebenarnya kualiti dan kebersihan cadar serta bantal juga penyebab seseorang mengalami gangguan tidur.

Sebaiknya gantikan cadar anda seminggu sekali dan pastinya tidur anda akan lebih nyenyak, selain menukar bantal anda sekurang-kurangnya sekali setahun.

Bantal sangat memainkan peranan dalam menjaga postur badan dan membuatkan anda tidur lena.

4. Suhu bilik

Bilik terlalu panas atau sejuk memang membuatkan anda sukar tidur dan sebaik-baiknya pastikan suhu berada dalam 18 hingga 22 darjah celcius.

Suhu bilik ini penting dalam membantu menghasilkan hormon melatonin bagi membantu anda tidur.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.